Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011
Cedera ditetak enam lelaki
PUCHONG: Seorang lelaki yang sedang berehat di rumah bersama isterinya terkejut apabila sekumpulan enam lelaki menyerbu masuk rumah mereka sebelum menyerang menggunakan parang, kayu dan topi keledar hingga menyebabkan lengan kirinya luka akibat ditetak.
Dalam kejadian di Jalan Wawasan 5/3 Pusat Bandar Puchong jam 1 pagi semalam, mangsa S Shanmugan, 20-an sedang berborak dengan isterinya sebelum diserbu kumpulan terbabit yang dipercayai tidak berpuas hati apabila dia bertindak campur tangan dalam pergaduhan beberapa jam sebelum itu.
Menurut sumber, kumpulan samseng berkenaan menyerbu rumah mangsa dan sebaik saja masuk ke dalam rumah, seorang daripada suspek menetak mangsa dengan parang.
“Mangsa yang cuba mempertahankan diri luka di lengan kirinya ketika cuba menepis tetakan parang daripada salah seorang suspek.
“Selain itu, beberapa suspek lain turut memecahkan cermin dalam rumah mangsa sebelum melarikan diri selepas melihat mangsa berlumuran darah,” katanya, semalam.
Sumber berkata, isterinya bergegas menghantar mangsa ke Hospital Serdang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, kumpulan terbabit dipercayai tidak berpuas hati atas tindakan mangsa campur tangan dalam satu pergaduhan di bawah pangsapuri kediamannya.
-HARIAN METRO-
Dua peneroka maut kemalangan
BERA - Dua peneroka Felda Bera di sini maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pikap di KM45, Jalan Kerayong, Felda Kerayong Mayang, Kumai di sini tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Bera Zahid Mohd. Noor berkata, Siti Zaitun Yaakob, 37, dari Felda Tementi maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya, Izhar Tan, 61, dari Felda Rentam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Purun akibat cedera parah.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pikap tersebut.
Katanya, pemandu pikap, Siow Yan Chai, 59, dari pekan Kerayong di sini tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Tangan tersepit mesin
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah syarikat percetakan mengalami detik cemas dan menyakitkan lebih 10 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin KORD Offset dalam kejadian di Jalan Nyonya, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pekerja terbabit, Mahmod Ahmad,32, warga Bangladesh membersihkan kotoran di mesin berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan mesin itu sebelum melakukan kerja pembersihan sebaliknya memasukkan tangan kanannya ke bahagian tengah rim mesin yang bergerak.
Pekerja di syarikat penerbitan itu yang dikenali sebagai Wan, 50, berkata, ketika kejadian dia berada di biliknya yang bertentangan dengan mesin itu.
“Saya terkejut selepas mendengar bunyi kuat disusuli teriakan Mahmod, tetapi ketika itu kami gagal menghentikan mesin terbabit sebaliknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menghentikannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Beliau berkata, tangan Mahmod sudah tertarik masuk ke bahagian rim itu dari siku hingga ke tapak tangannya dan hanya berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba.
Katanya, akibat kehilangan banyak darah, Mahmod pengsan di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Operasi Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Shamsul Faizal Mansor, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 11.15 pagi dan dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa lebih sejam untuk menarik keluar tangan mangsa kerana banyak besi tajam menyucuk lengannya.
“Selepas mengeluarkan tangan mangsa, dia dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)